Sabtu, 20 Februari 2010

99 nama Allah



suka versi yang ni..syahdu sangat-sangat!!

Rabu, 17 Februari 2010

Terapi berkuda

sebelum raya cina aritu,bwk budak2 g terapi berkuda d uniten..habes budak2 giliran cekgu cekgi plk..mak aii,takut+seronok!! hihi..gayat oo,kuda tu besar tinggi..

Ahad, 7 Februari 2010

NKRA

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Sabtu, 6 Februari 2010

Mengikat tali kasut..

smlm time subjek kemahiran manipulatif,aku bawak replika kasut yang aku beli aritu.topik smlm psl ikat kasut,ni untuk pergerakan motor halus.berebut-rebut dorang nak ikat kasut tu..maybe sbb warna-warni dan cantik kot x pon x pernah nampak..huahuahua..

ni antara gambar yg sempat diambil semasa aktiviti dijalankan.

Ni replika kasut yg aku beli utk buat BBM budak.


Aqil tengah khusyuk ikat kasut..


Wajah Pahmi yg excited lepas dapat ikat kasut.Muka Aqil biasala mcm xde perasaan,padahal dia siap nak bwk blk umah benda alah ini.