Jumaat, 1 Mei 2009

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini
ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur -
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

Renungan bersama

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.

Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.

Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna..



Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.



Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

Hatinya selalu berniat suci

Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah

Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu�.

Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.

Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur抋n tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.

Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Sala h satunya
yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah
dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan
kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki
oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor
kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya
pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan
mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu')
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.
a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka
yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah
neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar
dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain
bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah
tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba
yang benar-benar mendapat rahmat.

*Sumber:Cari.com

Hadiah

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

RENUNGAN UNTUK SUAMI ISTERI

UNTUK SUAMI.. RENUNGKANLAH

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

- Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
- Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
- Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
- Isteri adalah murid kamu mursyidnya
- Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
- Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
- seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
- seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana ...
Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah saw?.. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin

Justeru itu wahai para suami. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

SUAMI INGATLAH :

- Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.
- Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

UNTUK ISTERI PULA.. RENUNGKANLAH...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
- Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?..
- Tidaklah setaqwa Ibrahim
- Pun tidak setabah Ayyub atau pun
- Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

- Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
- Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
- Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
- Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
- Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
- Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt, kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...amin...

Justeru itu wahai para isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

ISTERI INGATLAH :

- Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.
- Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..


*Sumber dari Cari.com

Doa yang tidak diperkenankan

RASULULLAH pernah bersabda yang maksudnya: ”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani) . Dari sebuah hadith: Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan- Nya kepada para Rasul.

Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah: 172).

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu.

Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Muslim) Huraian

1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoala h kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)

semakan interview KPLI

check pakai hp je sbb lepak umah ijah dah 3 hari..habesla,melambung la bil hp bulan ni..hiihiii..

hmm...x dpt,buat rayuan..cuba lagi lain kali..give up dah aku